PEMBELAJARAN AMALAN BERHIAS DIRI YANG DILARANG DALAM ISLAM(PENDIDIKAN ISLAM)
Sementara meniru gaya orang lelaki pula adalah dari segi pakaian dan perwatakan seperti pergerakan yang kasar, berlagak lelaki, mencukur rambut kepala dan seumpamanya yang menjadi kebiasaan orang lelaki
Perbuatan ini juga merupakan antara kemungkaran yang merebak dengan meluas dikalangan umat Islam.
HUKUMNYA:
Perbuatan tersebut, sama ada lelaki berlagak perempuan atau sebaliknya adalah haram bahkan berdosa berdasarkan terdapatnya dalil yang melaknat orang yang melakukannya.
DALIL PENGHARAMANNYA:
Perbuatan berlagak lelaki atau perempuan adalah haram berdasarkan hadis:
Daripada ibnu Abbas ra katanya, “Rasulullah saw melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan perempuan yang meniru gaya lelaki”
(Riwayat Al-Bukhari)
Hadis yang ke-2 pula bermaksud:
Daripada Ibnu Abbas ra katanya, “ nabi saw melaknat lelaki yang berperangai perempuan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu”
(Riwayat Al-Bukhari)
KESIMPULAN
Walaubagaimanapun, tidak mengapa sekiranya keadaan itu memang perwatakan semulajadi dan tanpa dibuat-buat. Akan tetapi dia sendiri hendaklah berusaha mengubahnya.
SENARAI RUJUKAN
Fuziah bt Hj Muhamad Ramli, Aminah bt Idris, 2003. cetakan ke-2, Pendidikan Islam Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan 2001.
Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, Ali al-Syarbaji 2004. cetakan ke-2, Manhaj Fiqh Al-Syafi’I (jilid III), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Ab. Latif b Muda, 2002. Huraian Hadis-hadis Hukum(jilid 2), Pustaka Salam,
Hj Muhammad Nur Lubis, 1999. Ulasan Ulama’ tentang Janggut & Misai, Al-Hidayah Publishers,
Akmal Hj Mhd Zain, 2004. Halal dan Haram Dalam Kehidupan, Al-Hidayah Publishers,
Abdul Basith bin Ibrahim El-Bantany, 2001. Adab Islam Dalam Kehidupan Sehari-hari, Media Da’wah,
No comments:
Post a Comment