Maha suci allah, dan segala pujian bagi Allah, serta tidak ada tuhan melainkan Allah, dan Allahlah yang Maha besar.
Allah, Allah, Allah, wahai Allah…
Cukuplah Allah yang Maha Agung sebagai Tuhanku, tiada di dalam hatiku melainkan Allah, Cahaya Muhammad S.A.W….
Kami bertaubat kepada Mu ya Allah, dan kami kembali kepada Mu, ya Allah, kami menyesal sungguh-sungguh di atas apa yang telah kami lakukan.
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Mu ya Allah sebagai tempat menghadapkan wajah.
Tiada Tuhan melainkan Mu ya Allah, Raja yang Maha besar.
Muhammad ku Rasulullah, yang benar segala janji-janji-Nya dan dipercayai.
Aku memohon ampun daripada Allah, sesungguhnya dia Maha penerima taubat.
Tiada yang lain melainkan Allah (3X) Muhammad pesuruh Allah (3X)
Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan, matikan kami Ya Allah atas Agama Islam.
ZIKIR TAUBAT
Tuhanku, aku tak layak masuk syurga Mu. Namun tak upaya menghadapi api neraka Mu. Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hambamu.
SELAWAT BADAWI
Ya Allah, selawat dan salam ke atas penghulu cahaya bagi segala cahaya, dan penghulu rahsia bagi segala rahsia, pembuka (kunci) bagi segala pintu kemudahan iaitu penghulu kami dan tuan kami Nabi Muhammad Nabi yang teristimewa dan keluarganya yang suci dan sahabatnya yang terbaik, berbagai nikmat Allah dan semua pejuang-Nya.
No comments:
Post a Comment